Thursday 21 May 2009

Minggu penting

Ya betoi, minggu penting untuk KEDAH dan juga untuk saya sendiri yang akan menghadapi peperiksaan pada hari pertama jun nanti. Di mulakan dengan pasukan Kedah, skuad kesayangan saya ini akan menentang sang gergasi merah kuning. Pastinya perlawanan ini menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air, dan pasti ramai juga akan mengikut perkembangan liga tempatan selepas ini sebab EPL dah habis, walaupun belum habis secara "official", namun johan nya sudah ketahui.

Berbalik kepada perlawanan skuad kesayangan saya menentang pasukan selangor sabtu ini, saya sangat berharap jasa baik pihak TM dan RTM akan sudi menyiarkan siaran langsung perlawanan itu. Saya berharap skuad kenari akan mendapat 3 mata, tak kisahla berapa jaringannya. Tahniah kepada Malaysia u23 yang berjaya menewaskan Young Lions (singapura) sebentar tadi dengan jaringan 3-0. Adakah meen, bad dan sabree akan di lepaskan dan bermain sabtu ini?? sama sama kita nantikan.

"Ya Allah ya tuhanku, kau permudahkanlah pemain-pemain skuad kedah untuk mencapai kemenangan sabtu ini. Kau lindungilah mereka dari kecederaan dan perkara-perkara yang tak diingini. amin."

Maaf, tiada mood untuk menulis tentang peperiksaan yang bakal tiba. Look forward to this saturday. Come on kedah.

PULUN KEDAH PULUN!!!!

2 comments:

  1. Live kalau ikut info saya Perlis vs Ganu... Apa pun, InsyaAllah Kedah menang !

    ReplyDelete
  2. ya ka?? rugi2..dgq kot radio ja la. insyaAllah kedah menang. selamat bersorak!!

    ReplyDelete