Saturday 30 May 2009

A Song from our heroes to us the supporters



This make me want to support kedah harder and harder. Come on kedah..

Sunday 24 May 2009

Giliran saya pula

What a very sad weekend for me. Kedah kalah 3-1 kepada selangor. hmm, sukar untuk di terima, namun haruslah diterima. this is football. this is the game that i love so much. Kadang-kadang kita menang, ada hari kita kalah, ada masa kita hanya seri. That is the beatifull game of football. Well, tahniah kepada selangor. Tahniah juga kepada Kedah yg berjuang habis-habisan. buat pasukan kesayanganku, jangan putus asa dan teruslah mencatat kemenangan, kalau ada rezeki, kita champion lagi tahun ni, insyaAllah.

Now its my turn. tiba giliran saya pulak untuk berjuang untuk peperiksaan yang akan tiba 1 june ini. Pikiaq punya pikiaq, tibalah masanya untuk mempraktikkan time management yg di belajar semasa di MRSM dahulu. Jadual lebih kurang ni yang akan menjadi panduan saya untuk 7 hari dari esok ini.

8.30-10.30am--start study
10.30am--rehat sat
11-1.30pm--study
1.30-3.30pm--rehat
3.30-5.30---study
5.30-8pm--riadah/rehat
8pm-10pm--study

Habis exam nak main puaih-puaih pun xdak hal. konsentret sat untuk seminggu ini. Doakan kejayaan ku. terima kasih kerana membaca.

Thursday 21 May 2009

Minggu penting

Ya betoi, minggu penting untuk KEDAH dan juga untuk saya sendiri yang akan menghadapi peperiksaan pada hari pertama jun nanti. Di mulakan dengan pasukan Kedah, skuad kesayangan saya ini akan menentang sang gergasi merah kuning. Pastinya perlawanan ini menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air, dan pasti ramai juga akan mengikut perkembangan liga tempatan selepas ini sebab EPL dah habis, walaupun belum habis secara "official", namun johan nya sudah ketahui.

Berbalik kepada perlawanan skuad kesayangan saya menentang pasukan selangor sabtu ini, saya sangat berharap jasa baik pihak TM dan RTM akan sudi menyiarkan siaran langsung perlawanan itu. Saya berharap skuad kenari akan mendapat 3 mata, tak kisahla berapa jaringannya. Tahniah kepada Malaysia u23 yang berjaya menewaskan Young Lions (singapura) sebentar tadi dengan jaringan 3-0. Adakah meen, bad dan sabree akan di lepaskan dan bermain sabtu ini?? sama sama kita nantikan.

"Ya Allah ya tuhanku, kau permudahkanlah pemain-pemain skuad kedah untuk mencapai kemenangan sabtu ini. Kau lindungilah mereka dari kecederaan dan perkara-perkara yang tak diingini. amin."

Maaf, tiada mood untuk menulis tentang peperiksaan yang bakal tiba. Look forward to this saturday. Come on kedah.

PULUN KEDAH PULUN!!!!

Wednesday 6 May 2009

minggu warna warni

Minggu ini merupakan minggu yg penuh dengan warna. ada warna kegembiraan, warna kesedihan, warna keletihan, warna kepenatan, warna kesibukan dan warna warni. Di mulakan dengan hari isnin, Spend half of the day in library, setelkan assignment. Selasa, di sebelah siang selepas kelas, setlekan dissertation sambil layan game kedah di HKC, alhamdulillah kedah menang 7-0. Thank you 4 making me happy, malam pulak layan champion league. well too bad arsenal kalah. Rabu, which is today, pagi sampai petang di library. Then, malam pulak, again, layan UCL, well too bad again chelsea plak kalah, tapi nasib baik barcelona menang. Enough of football until this friday, time to focus wholly and exclusively for setlling the assignments which kena hantaq jumaat ni. akhir sekali, thank you for reading. Wassalam.

Tuesday 28 April 2009

Surprise surprise

19/4/09, genaplah umurku menjadi 21 tahun. Terima kasih kepada semua yang megucapkan selamat hari lahir, tidak kurang juga kepada yang turut mendoakan untuk ku. Terima kasih untuk hadiah dan terima kasih untuk "surprise party" oleh rakan-rakan serumah. Terima kasih sekali lagi. Allah sahaja yang mampu membalas jasa-jasa kalian.







Thursday 16 April 2009

Azraai for Malaysia

Kita sebagai penyokong kedah sekarang ni berada dalam win-win situation berkenaan kes coach azraai yang mungkin menjadi coach malaysia. Ini kerana, jika azraai di lantik sebagai coach kebangsaan, kita sebagai rakyat malaysia pasti tumpang gembira kerana azraai memang layak menjadi coach malaysia. Tapi jika beliau tidak dilantik, kita akan gembira juga keran coach azraai akan terus menerajui pasukan kesayangan kita, pasukan hijau kuning ini. Tapi, pada pendapat saya, Coach azraai haruslah di berikan peluang menjadi coach malaysia sekarang ini sebab dia dah prove himself dalam domestik league bersama pasukan kedah, dia dh mencungkil ramai bakat baru, dan paling penting sekali, coach pandai menilai kemampuan pemain2. Pandai menilai pemain merupakan attribute yg paling penting sekali untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan. Sebab 60% of the job of national coach ialah untuk mengenal pasti pemain2 yg layak untuk wakil malaysia and getting the best out from him. Azraai dh buktikan kehebatan dia dalam menilai dan memilih pemain2 yg b agus untuk mewakili kedah. Dia memilih nelson san martin, walaupun ada lagi calon lain ketika itu. dan pemilihan itu memang paling tepat yg menyaksikan nelson menjadi tulang belakang kedah utk 3 season gemilang. Dia juga memilih untuk menonjolkan fadly baharom, keon, dan sepet dari ramai2 player presiden yg berbakat seperti hazwan dan lain, dan sekarang, fadly, keon n sepet antara player regular kedah.

Di umur 57 tahun ini, coach azraai pasti sudah cukup berpengalaman dan dia juga pasti ingin menimba pengalaman baru sebagai coach pasukan malaysia. Peluang yg jarang2 tiba ini haruslah di rebut oleh coach azraai dengan niat untuk berbakti meningkat maruah negara di sambing menimba pengalaman baru. Andai kata kareer sebagai coach malaysia is not going according to the plan, saya yakin, pasukan kedah sedia menerima kembali coach azraai dengan tangan terbuka.

Namun, sekarang ini, FAM perlulah berunding dengan majikan coach azraai, KFA, kerana coach still terikat dengan kontrak sehingga akhir tahun ini. YAB presiden KFA, ustad azizan dah bagi statement dalam paper arini yg mengatakan KFA berat untuk melepaskan azraai. Sapa tak rasa berat kan nak lepaskan coach berkaliber seperti azraai ini, lebih2 lagi kalau lepaih cemey mcm tu ja. Tapi jika FAM sedia untuk berunding dengan KFA, seperti membayar pampasan atau membenarkan azraai memegang dua jawatan serentak, then saya yakin hasrat kebanyakan rakyat malaysia untuk menyaksikan azraai menerajui pos jurulatih negara akan tercapai.